Header Ads

Azwan Ali Lapor Polis Kena Ugut Akibat Sokong Najib

Kena Ugut Kerana Sokong Najib, Azwan Ali Buat Laporan Polis | Gara-gara menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Azwan Ali telah membuat laporan polis apabila salah seorang pengikut akaun Instagram miliknya mengugut untuk menumbuknya jika berjumpa.

Berpunca daripada ugutan tersebut, Azwan Ali telah bertindak untuk membuat laporan polis selain mahu mengheret pelaku tersebut untuk dibawa ke mahkamah. Untuk pengetahuan anda, pengacara ini merupakan penyokong tegar Najib Razak selain mendukung setiap saranan kerajaan memetik Rotikaya.

Azwan Ali Lapor Polis Kena Ugut Akibat Sokong Najib

Tindakannya itu dalam masa yang sama turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya dan seperti biasa, bagi sesiapa yang tidak sehaluan dengan pendiriannya, Azwan Ali akan block terus individu tersebut di laman sosial tersebut.

Semoga perjuangan Azwan Ali mengheret individu yang mengugutnya itu ke mahkamah akan berhasil. All the best Azwan Ali dalam menegakkan kebenaran dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih aman. Jangan sesekali biar title Diva anda tercalar. 

Azwan Ali Lapor Polis Kena Ugut Akibat Sokong Najib

No comments:

Powered by Blogger.