Header Ads

Awek tergamam apabila pakwe lafaz kata putus atas roller coaster

Video Lelaki Minta Putus Dengan Kekasih Atas Roller Coaster | Sebuah video mengenai sepasang kekasih yang memutuskan hubungan mereka di atas permainan roller-coaster kini mendapat perhatian netizen.

Patuh dengan arahan teman wanitanya, lelaki berkenaan dipercayai telah menaiki permainan ‘ngeri’ tersebut walaupun berasa takut.

Awek tergamam apabila pakwe lafaz kata putus atas roller coaster

Aksi mereka telah dirakam oleh sebuah kamera yang diletakkan di situ dan lelaki berkenaan yang dilihat begitu takut menaiki permainan tersebut kedengaran berkata ‘saya tidak mahu lakukan ini’ berulang kali.

Apabila dia berada di puncak landasan permainan itu, dia akhirnya melafazkan kata putus kepada teman wanitanya dan mengakhiri hubungan mereka di situ juga.

Teman wanitanya yang kelihatan sangat seronok dan menikmati permainan tersebut akhirnya terdiam dan tergamam dengan keputusan kekasihnya itu.

Rata-rata netizen mendapati perkara tersebut sangat kelakar menyebabkan video yang dimuat naik di laman Facebook itu ditonton lebih 5 juta kali sejak isnin lalu.

No comments:

Powered by Blogger.