Header Ads

Apabila Dato Siti Nurhaliza Menyanyikan Lagu Tamil Secara Langsung

Video Penonton Terpukau Lihat Dato Siti Nurhaliza Menyanyikan Lagu Tamil Live | Penyanyi bersuara lunak yang juga merupakan penyanyi terkenal Malaysia, Dato Siti Nurhaliza Tarudin telah berjaya memukau penonton dengan satu penampilannya di dalam sebuah majlis pembukaan International Superstar 2015 yang berlansung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Apabila Dato Siti Nurhaliza Menyanyikan Lagu Tamil Secara Langsung

Acara International Superstar 2015 merupakan pertandingan nyanyian antarabangsa India yang disertai oleh peseta-peserta antarabangsa dari lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Mauritius, India dan Kanada.

Di dalam majlis pembukaan acara tersebut, Dato Siti telah tampil mendendangkan lagu Tamil bertajuk Nenjae Ezhu hasil ciptaan komposer terkenal Bollywood dan juga Hollywood, A.R. Rahman.

Walaupun dikatakan agak gementar namun kemunculan Dato Siti Nurhaliza ternyata mendapat tepukan gemuruh daripada penontotn apabila beliau keluar ke pentas dan sorakan penonton terus bergema selepas di menyanyikan lagu berkenaan dalam bahasa Tamil.

No comments:

Powered by Blogger.