Header Ads

Anak Ketua Pramugara MH370 Belum Bersedia

‘Maaf saya perlukan masa,’ ujar Maira anak ketua pramugara MH370 | Laporan pengesahan serpihan kapal terbang di Pulau Reunion milik MH370 bukan sahaja memberikan tamparan kepada seluruh dunia, malah ahli keluarga penumpang dan kakitangan pesawat malang itu sendiri.

Mungkin masih terkejut dengan berita yang diterima, anak  perempuan ketua pramugara MH370, Maira Elizabeth Nari memilih untuk diberikan masa untuk menerima kenyataan bahawa pesawat yang membawa ayahnya terhempas di Laut Hindi.

Anak Ketua Pramugara MH370 Belum Bersedia

Menerusi sebuah posting yang dimuatnaik menerusi akaun mikro Twitternya hari ini, dia memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak mampu menjawab semua persoalan yang dilontarkan kepadanya.

Maira juga memohon kepada semua pihak supaya memberikannya masa untuk bertenang sebelum kembali menjawab persoalan yang dikemukakan.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang saya. Saya minta maaf kerana tidak dapat membalas soalan-soalan yang diajukan kepada saya, tetapi ketahuilah bahawa Tuhan Maha Melihat.

“… Saya perlukan masa, maaf,” kata anak perempuan kepada Andrew Nari, hari ini.

Tinjauan Sinar Online ke atas profil laman akaunnya hari ini menunjukkan Maira turut menukarkan gambar profilnya kepada tema hitam.

Pakar antarabangsa mengesahkan serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis adalah daripada MH370 – menyokong rumusan awal bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu terhempas di Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hari ini pakar-pakar yang berkumpul di Toulouse, Perancis telah mengesahkan serpihan pesawat dijumpai di Pulau Reunion sememangnya daripada MH370.

“Kami sekarang mempunyai bukti fizikal seperti yang saya umumkan pada 24 Mac tahun lepas, MH370 berakhir dengan tragik di selatan Lautan Hindi,” Perdana Menteri berkata secara langsung menerusi TV3 pada jam 1.45 pagi hari ini.

No comments:

Powered by Blogger.