Header Ads

6 Perkara yang 'Best' dan 'Menjadi Persoalan' di Akademi Fantasia 2015

6 Perkara Yang ‘Wow’ dan ‘Krik Krik’ di Akademi Fantasia 2015 | Semalam telah berlangsung konsert minggu kedua Akademi Fantasia 2015 yang menyaksikan 12 peserta tampil dengan persembahan yang cukup meyakinkan. Minggu lepas konsert penentuan.

Seperti musim-musim yang terdahulu, Akademi Fantasia tidak pernah lekang dengan kejutan dan pembaharuan. Iyalah takkan nak maintain dengan format yang sama kan?

6 Perkara yang 'Best' dan 'Menjadi Persoalan' di Akademi Fantasia 2015

Menerusi Oh Bulan, ternyata ramai yang masih menonton AF2015. Berikut merupakan 6 perkara yang menarik dan yang ‘krik krik’ sepanjang konsert kali ini. Gambar diambil dari Facebook Fanpage Akademi Fantasia.

Juri yang mantap, tapi Che Ta?

6 Perkara yang 'Best' dan 'Menjadi Persoalan' di Akademi Fantasia 2015

AF2015 kali ini menampilkan Datuk Ramli MS, Amy Search dan Rozita Che Wan. Namun ramai penonton mempersoal kredibiliti Che Ta yang dipilih untuk menjadi juri.

6 Perkara yang 'Best' dan 'Menjadi Persoalan' di Akademi Fantasia 2015

Jangan lah macam itu, mungkin Che Ta dah diberi peranan khas untuk komen drama-drama semasa nyanyian? Mungkin..

Scene drama ketika persembahan

6 Perkara yang 'Best' dan 'Menjadi Persoalan' di Akademi Fantasia 2015

Maklum lah kan ada ibu Fauziah Nawi dan Que Haidar untuk barisan tenaga pengajar kali ini. So far not bad, kreatif. Dah macam tengok musik video pun ada.

Tapi kami suka tengok masa scene girlfriend curang itu, reply message guna lirik lagu je.

Bila, comel + chubby jadi perhatian

6 Perkara yang 'Best' dan 'Menjadi Persoalan' di Akademi Fantasia 2015

Walaupun berbadan besar dan chubby gittew namun ia bukan halangan buat Bila. Persembahan pun okay, confident level cukup tinggi siap menari-nari lagi.

Alah Aizat Amdan dulu pun chubby, tengok sekarang famous juga. Zaman sekarang orang tengok bakat, bukan rupa semata.

Peserta lelaki menonjol berbanding peserta perempuan?

6 Perkara yang 'Best' dan 'Menjadi Persoalan' di Akademi Fantasia 2015

Boleh tak kalau kami nak simpulkan yang peserta lelaki pada malam semalam lebih menonjol dan bagus berbanding peserta perempuan. Bagi kami Sufi paling menonjol dan ternyata pengalaman yang ada membantu dirinya .

Antara nama-nama lain yang turut berjaya memikat hati kami ialah Syamel dan Faroq. Peserta perempuan pun ada yang best macam Lisa cuma yang lain ‘enjin’ tak panas lagi kot?

Zizan & Faizal Ismail lagi?

6 Perkara yang 'Best' dan 'Menjadi Persoalan' di Akademi Fantasia 2015

Bukan kami yang cakap tapi penonton. Walaupun pernah digandingkan bersama namun kata mereka macam tak ngam dan tak kelakar.

6 Perkara yang 'Best' dan 'Menjadi Persoalan' di Akademi Fantasia 2015

Come on la Zizan kot, kenapa tak kelakar pula?

Ujibakat Insta

6 Perkara yang 'Best' dan 'Menjadi Persoalan' di Akademi Fantasia 2015

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa empat pelajar yang berjaya memasuki AF2015 iaitu Openg, Bila, Iqwan dan Lisa adalah merupakan peserta yang dipilih daripada Ujibakat Insta AF2015 anjuran Hotlink.

Apa-apa pun moga peserta tahun ini dapat menunjukkan persembahan yang memukau pada persembahan akan datang. Buktikan yang Akademi Fantasia 2015 tak membosankan.

P/S : Tahun lepas siapa menang? Mana dah sekarang? Hihi

No comments:

Powered by Blogger.