Header Ads

10 Emoji yang Anda Salah Guna Selama Ini

10 Emoji yang Mungkin Anda Gunakan Secara Salah Selama Ini | Emoji kini menjadi salah satu medium untuk orang ramai berinteraksi di dalam mesej terutamanya dalam aplikasi Whatsapp, Telegram ataupun Facebook.

Namun, tanpa kita sedar, sesetengah emoji yang kita gunakan tidak menyerupai maksud sebenar emoji tersebut seperti yang ditentukan oleh Unicode Consortium, badan yang bertanggungjawab dalam soal piawaian termasuk piawaian emoji.

10 Emoji yang Anda Salah Guna Selama Ini

Mungkin disebabkan oleh beberapa kali berevolusi, emoji yang diguna pakai sekarang disalah ertikan oleh pereka grafik yang bertanggungjawab mencipta emoji untuk platform masing-masing.

Apakah jenis emoji yang mungkin anda salah guna selama ini? Dan apakah maksud disebalik emoji tersebut?

Menerusi Siakap Keli, kami senaraikan antara emoji-emoji yang selalu digunakan tetapi mungkin disalah tafsir oleh orang ramai bersama maksud sebenarnya.

1 – Kecewa tetapi lega
10 Emoji yang Mungkin Anda Gunakan Secara Salah Selama Ini

Emoji ini mungkin kelihatan seperti seseorang sedang menangis tetapi maksud sebenarnya adalah perasaan lega selepas anda melalui sesuatu yang mengecewakan.

2 – Terkejut
10 Emoji yang Mungkin Anda Gunakan Secara Salah Selama Ini

Mungkin ramai yang tersalah tafsir emoji ini bermaksud mati kerana mata emoji ini berbentuk pangkah tetapi sebenarnya ia bermaksud terkejut.

3 – Tenang
10 Emoji yang Mungkin Anda Gunakan Secara Salah Selama Ini

Sekali pandang memang emoji ini seolah seperti sedang terkejut dengan sesuatu namun apa yang dimaksudkan dengan emoji ini adalah tenang.

4 – Terlampau gembira
10 Emoji yang Mungkin Anda Gunakan Secara Salah Selama Ini

Emoji ini selalu digunakan ketika dalam keadaan ‘akward’ tetapi sebenarnya ia melambangkan seseorang itu sangat gembira sehingga ternampak giginya.

5 – Ciuman
10 Emoji yang Mungkin Anda Gunakan Secara Salah Selama Ini

Memang emoji ini nampak seperti sedang bersiul, tetapi ia sebenarnya digunakan untuk melambangkan ciuman kepada seseorang. Tetapi ciuman ini kurang sedikit ‘powernya’ dari emoji ciuman bersama hati.

6 – Menikmati makanan lazat
10 Emoji yang Mungkin Anda Gunakan Secara Salah Selama Ini

Emoji ini bila digunakan seolah-olah memaparkan anda sedang bergurau atau main-main. Namun maksud sebenar emoji ini adalah anda sedang menikmati makanan lazat yang anda gemari.

7 – Gadis kaunter pertanyaan
10 Emoji yang Mungkin Anda Gunakan Secara Salah Selama Ini

Gadis ini bukan sedang berkata ‘whatever’ tetapi dia adalah seorang gadis di kaunter pertanyaan yang sedang melayan pelanggannya.

8 – Kucing keletihan
10 Emoji yang Mungkin Anda Gunakan Secara Salah Selama Ini

Ini bukannya seekor kucing yang terkejut, tapi ia seekor kucing yang keletihan. Emoji ini digunakan untuk memberitahu seseorang itu dalam keletihan.

9 – Bersemangat
10 Emoji yang Mungkin Anda Gunakan Secara Salah Selama Ini

Emoji hidung keluar asap ini sebenarnya menunjukkan seseorang itu dalam keadaan yang bersemangat, bukan marah.

10 – Tidak setuju
10 Emoji yang Mungkin Anda Gunakan Secara Salah Selama Ini

Emoji ini pun bukanlah emoji yang melambangkan kemarahan tetapi sebenarnya emoji yang melambangkan seseorang itu tidak bersetuju dalam satu-satu hal.

Walaupun emoji-emoji ini mempunyai standardnya tersendiri tetapi apa yang penting adalah kedua-dua penghantar dan penerima memahami apa yang dimaksudkan dengan emoji tersebut. Tetapi, jika anda seorang yang mementingkan ketepatan, dan ingin menggunakan emoji mengikut standard, anda boleh ke http://emojipedia.org/ untuk melihat senarai penuh emoji dengan maksudnya.

No comments:

Powered by Blogger.