Header Ads

Isu Serpihan MH370 Dijumpai di Pulau Reunion

Serpihan Pesawat Dijumpai Terdampar di Pulau Reunion Timbulkan Spekulasi Dari Pesawat MH370 | Reunion Island – Serpihan pesawat yang tidak dikenali dijumpai terdampar di Pulau Reunion, Timur Madagascar, menimbulkan spekulasi serpihan itu dari pesawat MAS MH370 yang hilang lebih setahun yang lalu.

Beberapa gambar serpihan pesawat itu dikongsi oleh pengguna media sosial yang teruja dengan penemuan terbaru itu memetik laporan Siakap Keli.

Gambar MH370 Dijumpai di Pulau Reunion

Pengguna-pengguna internet membuat spekulasi bahawa serpihan itu dari bahagian pesawat MH370 berikutan strukturnya yang menyerupai pesawat Boeing 777.

BREAKING Is this piece found this morning could be flaps of #MH370 ? http://t.co/MlhHe6Px4F pic.twitter.com/FyRC4L7X9e

— AirLive.net (@airlivenet) July 29, 2015

Police investigating aircraft parts on the coast of island of Reunion, which could belong to Malaysian Boeing #MH370. pic.twitter.com/18dApOW5yT

— Onlinemagazin (@OnlineMagazin) July 29, 2015

BREAKING: Airplane possibly a Boeing 777 wing washes ashore on La Réunion Island. Speculation it might be #MH370 pic.twitter.com/4UVNcBUZeK

— News_Executive (@News_Executive) July 29, 2015

Gambar Serpihan MH370 Dijumpai di Pulau Reunion

Gambar Serpihan MH370 Dijumpai di Pulau Reunion

Serpihan MH370 Dijumpai di Pulau Reunion

Serpihan MH370 Dijumpai di Pulau Reunion

Serpihan MH370 Dijumpai di Pulau Reunion

Bagaimanapun, masih tiada sebarang kesahihan terhadap spekulasi tersebut.

Pihak berkuasa tempatan kini telah mengambil serpihan terbabit untuk analisis seterusnya.

[KEMASKINI]

Memetik laporan dari Telegraph.co.uk, seorang pakar penerbangan Perancis percaya serpihan itu dari pesawat MH370.

Xavier Tytelman, seorang bekas juruterbang yang kini bekerja sebagai pakar keselamatan udara, dihubungi oleh seorang penduduk pulau Reunion. Lelaki berkenaan menghantar gambar serpihan yang dijumpai dan Tytelman berkata ia mungkin dari pesawat yang hilang itu.

“Saya sudah mengkaji beratus-ratus gambar dan berbincang dengan rakan sekerja”.

“Dan kami yakin ia menyerupai bahagian sayap Boeing 777 – pesawat yang sama dengan MH370″, kata Tytelman kepada Telegraph.co.uk

“Polis di Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia kelihatan sudah berada di dalam air lebih kurang setahun, menambah lagi kenyakinan ia dari MH370. Kami tak boleh pastikannya, tapi kami fikir ada peluang (ia dari pesawat MH370)”.

Similitudes incroyables entre le flaperon d'un #B777 et le débris retrouvé ce matin à #LaReunion… #MH370 ? pic.twitter.com/GDkzRLwi2h

— Xavier Tytelman (@PeurAvion) July 29, 2015

No comments:

Powered by Blogger.