Bahaya Guna Photoshop, VSCCOcam Dan Camera 360
Kecewa Wajah Tak Sama! Bahaya Guna Photoshop, VSCCOcam Dan Camera 360 | Di Beijing, pertemuan pertama satu pasangan di sini yang berkenalan melalui laman sosial tidak berlangsung seperti yang diharapkan.
Pertemuan yang sepatutnya merapatkan hubungan pasangan itu akhirnya menjadi pergaduhan yang memalukan.
Pergaduhan tercetus selepas pasangan itu saling menuduh satu sama lain menipu apabila mendapati wajah mereka berbeza dengan gambar yang dimuat naik di laman sosial memetik laporan Harian Metro.
Menurut laporan media di China, pasangan itu merancang berjumpa di sebuah pasar raya selepas beberapa bulan berkenalan di Internet.
Bagaimanapun, pertemuan itu mencetuskan pergaduhan selepas mendapati wajah masing-masing berbeza dengan gambar di laman sosial.
Pergaduhan pasangan itu menjadi viral selepas orang ramai merakam aksi mereka bergaduh sebelum memuat naik video berkenaan di Internet.
Dalam video itu, pasangan itu dilihat menjerit dan saling memukul kerana tidak puas hati.
“Jangan menuding jari ke arah saya, lihat wajah kamu itu,” kata wanita berkenaan.
Lelaki itu kemudian menunjukkan telefon bimbitnya kepada orang ramai yang ketawa melihat pergaduhan berkenaan.
“Kamu lihat gambar ini dan lihat wajah dia,” kata lelaki itu.
Wanita itu yang tidak berpuas hati kemudian memukul lelaki itu beberapa kali.
“Itu adalah saya, kamu yang sebenarnya menipu,”katanya.
Pergaduhan berakhir apabila lelaki berkenaan menolak wanita itu sehingga terjatuh sebelum bergegas meninggalkan lokasi berkenaan.


No comments: