Header Ads

Fathul Bari kata Najib tidak perlu letak jawatan kerana ia amanah Allah

Najib jadi pemimpin kerana ia amanah dari Allah – Fathul Bari | KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Baru Mat Jahaya berkata jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang disandang oleh Datuk Seri Najib Razak tidak perlu dilepaskan kerana ianya merupakan amanah dari Allah, lapor The Rakyat Post.

Jelas Fathul, Khalifah Uthman Ibni Affan juga pernah berhadapan dengan situasi yang sama selaku pemerintah pada zaman beliau, namun tidak dapat melepaskan atas sebab patuh kepada agama.

Fathul Bari kata Najib tidak perlu letak jawatan kerana ia amanah Allah

“Uthman bin Affan ketika mana dipaksa meletakkan jawatan, dia kata aku tak boleh letak, kenapa? Dia bacakan hadis Nabi Muhammad S.A.W tentangnya, katanya: Wahai Osman, sekiranya ada golongan suatu ketika nanti akan memintamu menanggalkan pakaianmu yang Allah pakaikan untukmu, maka jangan sekali-kali kamu lepaskan.

“Ini bukan soal pemimpin nak kena tukar, nak kena itu nak kena ini. Ini soal nasihat dan perintah agama kepada kita,” kata Fathul ketika menyampaikan ucapan perbahasan Ucapan Dasar Presiden UMNO dalam PAU 2015 semalam.

Tambahnya lagi, setiap apa yang dikurniakan di dunia ini termasuk kuasa dan jawatan adalah amanah dari Allah kepada hambaNya. Begitu juga dengan setiap apa yang dikecapi oleh barisan kepimpinan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional hari ini adalah terjadi dengan izin Allah.

“Allah memberikan kuasa itu, kerajaan itu kepada sesiapa pun yang dia nak. Kuasa politik pada hari ini ia datang daripada rakyat, kita kena ingat, rakyat hanyalah penyebab, tetapi penentunya ialah Allah.

“Allah beri kuasa kepada Firaun, Allah beri kuasa kepada Namrud, Allah beri kuasa kepada Thalut, Allah beri kuasa kepada khalifah-khalifah Islam yang empat, Allah beri kuasa kepada kita Umno dan Barisan Nasional untuk mentadbir urus negara ini walaupun rakyat adalah penyebab, kita wajib beriman dan mempercayai ia datang dan pergi dengan kehendak Allah.

“Sebab itu saya tekankan, kesan kepada fitnah dan ujian ini cukup besar kepada manusia. Umar Al-Khatab, dia diuji dan kemudiannya dibunuh, Osman diuji dan dibunuh, Ali bin Abi Talib diuji kemudian juga dibunuh, kesan kepada ujian sangat-sangat besar, malah Aisyah juga diuji. Adakah ini bererti seseorang yang diuji itu bererti dia tidak baik, bererti dia zalim..tidak!

“Kita semua (hari ini) diuji dengan isu-isu di sekeliling kita, yang membantutkan perjalanan parti kita, dakwah kita,” katanya yang merujuk pada pergolakan yang berlaku di kalangan pemimpin atasan UMNO.

No comments:

Powered by Blogger.