Nabil Berat Sangat Ke?
Nabil hampir terjelepok sofa patah di set Hlive | PENGACARA no. 1 negara, Datuk Aznil Nawawi yang mesra digelar Pak Nil telah berkongsi satu video kelakar menerusi laman Instagramnya bagi mempromosikan program Hlive Apa Kata Malaysia yang akan bersiaran malam ini.
![]() |
| Video Nabil hampir terjelepok sofa patah di set Hlive |
Dalam video berdurasi 15 saat itu, selebriti jemputan bagi episod kali ini, Nabil Ahmad terkejut dan hampir terjatuh bila mana sofa yang didudukinya tiba-tiba patah ketika sesi rakaman program itu.
Insiden tak terduga itu membuatkan Pak Nil sendiri tidak dapat menahan ketawa ketika memberi kata-kata akhir bagi episod tersebut.
Haha! Nasib baik patah sikit je kalau tak mau Nabil jatuh terjelepok..
Apa-apa pun ini diakui Pak Nil antara kenangan manis sepanjang 25 tahun beliau berkecimpung dalam bidang pengacaraan.

No comments: