Ditikam Kerana Niat Suci Ingin Membantu
Lelaki Ditikam Kerana Ingin Memulangkan Kunci Motosikal yang Tertinggal | Bagaikan mimpi ngeri, niat seorang lelaki budiman yang cuba untuk membantu memulangkan kunci motosikal yang tertinggal pada motosikal mengundang padah apabila seorang lelaki yang juga pemilik motosikal tersebut menikamnya dengan pisau.
Mangsa, Syafiq Adam, 22 parah ditikam dan dimasukkan ke dalam Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA). Mangsa dilaporkan mengalami cedera parah dan mengakibatkan paru-paru terkoyak.
Menurut sumber, kejadian berlaku akibat salah faham di mana pemilik motosikal menyangka Syafiq cuba untuk mencuri motosikalnya. Suspek yang menikam mangsa telah tampil di ibu pejabat polis yang terdekat.
Berikut merupakan status terakhir mangsa yang cuba untuk memulangkan kunci motosikal.
No comments: